Tuesday, 15 November 2011

kisAh pEmAdAm dAn pEnsiL~




Pensil : “Maafkan aku pemadam…”
Pemadam : “Maaf apa Pensil?? Kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan apapun kepadaku…”
Pensil : “Aku minta maaf kerana aku selalu membuatmu terluka. Setiap kali aku melakukan kesalahan, kamu selalu berada disana untuk menghapusnya. Namun setiap kali kamu membuat kesalahanku terhapus, kamu kehilangan sebahagian dari dirimu. Kamu akan menjadi semakin kecil dan kecil setiap masa…”

Pemadam : “Perkara itu memang benar…Namun aku sama sekali tidak merasa keberatan. Kau lihat, aku memang tercipta untuk melakukan hal itu. Diriku tercipta untuk selalu membantumu setiap saat kau melakukan kesalahan. Walaupun suatu hari, aku tahu bahawa aku akan pergi dan kau akan mengganti diriku dengan yang baru.Aku sungguh bahagia dengan perananku. Jadi kau tak perlu khuatir. Aku tidak suka melihat dirimu bersedih…”Apa kena mengena pemadam dan pensil dengan kita?

Pemadam adalah ibu bapa kita…
Pensil adalah diri kita sendiri…
.Orang tua akan selalu ada untuk anak-anaknya…Untuk memperbaiki kesalahan anak-anaknya…
Namun kadang-kadang, seiring dengan perubahan masa …Orang tua akan terluka dan akan menjadi semakin keci..(Bertambah tua dan akhirnya meninggal).Walaupun anak-anak mereka pada akhirnya akan menemui seseorang yang baru (Suami,isteri,anak dan keluarga mertua).
Namun ibu bapa tetap merasa bahagia atas apa yang mereka lakukan terhadap anak-anaknya dan akan selalu merasa tidak suka bila melihat buah hati tercinta mereka berasa sedih.
“Hingga masa ini…Saya masih menjadi Si Pensil…
Perkara ini sangat menyakitkan diri saya…
Melihat “pemadam” atau ibu bapa saya semakin bertambah “Kecil” dan “Kecil” seiring dengan perjalanan waktu.
Kelak suatu hari…
Yang tertinggal hanyalah “habuk” si pemadam
Segala kenangan yang pernah saya lalui dan miliki bersama mereka…”

Monday, 14 November 2011

PERATURAN PENGGUNAAN SUDUT BACAAN

1.Setiap proses peminjaman atau pemulangan bulu/bahan di sudut hendaklah melalui pengawas sudut bacaan dan mestulah direkodkan dalam buku penggunaan sudut bacaan yang disediakan.
2.Menjaga buku/bahan bacaan yang dipinjam dengan baik serta memulangkan buku/bahan dalam keadaan yang sama dan menepati masa yang ditetapkan.
3.Sebarang kelewatan,kehilangan dan kerosakan buku/bahan akan dikenakan denda mengikut harga buku tersebut di pasaran atau menggantikan buku/bahan tersebut dengan seumpama dengannya.
4.Semua peralatan permainan tradisional seperti permainan congkak dan batu seremban hendaklah dimainkan berdekatan persekitaran sudut bacaan yang disediakan dan boleh dipinjam hanya pada waktu rehat sahaja melalui pengawas sudut bacaan yang bertugas.
5.Sebarang pertanyaan tentang penggunaan dan peminjaman buku/bahan disudut bacaan bolehlah merujuk kepada pengawas-pengawas sudut bacaan atau Guru Pengawas sudut bacaan PSS.
6.Kerjasama dan tanggungjawab daripada semua peajar SMK(P)Sultan Abu Bakar amatlah dihargai dalam memastikan penggunaan di sudut bacaan sekolah dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. 

TUGAS PENGAWAS SUDUT BACAAN

 
  • Merekod stok buku dalam buku perolehan
  • Menyusun atur buku-buku yang terdapat di sudut bacaan
  • Mengendalikan peminjaman dan pemulangan buku-buku dan peralatan di sudut bacaan tertentu
  • Mengemas dan menceriakan rak buku di sudut bacaan supaya dalam keadaan teratur, bersih dan dapat menarik perhatian pengguna
  • Mempromosi dan menarik minat para pelajar supaya menggunakansudut bacaan sebagai salah satu medan mendapatkan ilmu
  • Membuat laporan secara bertulis dan lisan mengenai sudut bacaan di setiap kelas dan di sudut-sudut bacaan yang disediakan kepada Guru Penyelaras PSS-Sudut Bacaan. (Setiap Jumaat)
  • Menyimpan dan mengunci rak buku dan peralatan di sudut bacaan supaya dalam keadaan selamat setiap kali selesai penggunaan di sudut bacaan
  • Melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan PSS sekolah dan bahagian sudut bacaan dengan penuh tanggungjawab dan sentiasa bekerjasama

Sunday, 13 November 2011

Resepi Menjadi Pustakawan Kreatif

 

PEMBUKA SELERA..NYUM2..

Resepi Utama:

1. BELAJAR TEKNIK BERFIKIR
Kita perlu faham, berfikir adalah suatu kemahiran bukan semula jadi. Kita perlu belajar dan berlatih. Jangan anggap keputusan yang baik dalam peperiksaan menunjukkan kita seseorang yang bijak berfikir. Itu belum tentu. Belajarlah bagaimana berfikir dengan bijak.


2. BERANI MENCUBA SESUATU YANG KREATIF
Tidak kira sama ada ia berjaya ataupun tidak, mencuba sesuatu yang kreatif sudah dikira suatu kejayaan. Mungkin kita tidak berjaya buat kali pertama, namun ia bukanlah satu kegagalan(asalkan cubaan kita itu tidak menyebabkan kerosakan kepada orang lain). Ingat ,antara ciri orang yang kreatif adalah konsisten dan tidak takut pada masalah.adakah kita sudah lupa?


3.CONTOHI TOKOH-TOKOHKREATIF
Pilihlah sesiapa sahaja yang sudah membuktikan mereka adalah orang yang kreatif.Orang berjaya dengan pelbagai idea menarik dan mengagumkan.Mereka kebanyakannya tidak terkongkong,tidak takut menghadapi masalah,istiqamah,bersedia mengambil risiko dan mempunyai imaginasi yang tinggi.Adakah kita berani?


4.LUPAKAN LOGIK BUAT SEMENTARA
Oleh kerana terlalu logik,ramai orang gagal membuat kreatif.Fikiran logik biasanya berguna semasa mengkritik perkara yang sudah ada.Tetapi kreatif bukan berkaitan perkara yang sudah ada.Kreatif adalah perkara yang belum ada ataupun belum wujud.Apabila idea itu berada di mana-mana,itu bukan kreatif namanya.


5.MENJADI GILA-GILA,BUKANNYA GILA
Banyak kegunaan hari ini yang tercetus kerana pemikiran gila-gila.Rudolph Seheineder terfikir bolehkah makan di restoran tanpa membayar?Akhirnya dia mencipta kad kredit pertama,Diner's Club.Cuba bayangkan kita hidup pada tahun 1950-an dan mengeluarkan idea telefon tanpa wayar,boleh menjadi kamera,kalkulator,jam,penggera,jam randik,diari;bahkan boleh menghantar faks?Sudah pasti orang lain cakap idea itu gila.Tetapi idea itu tidak gila,ia adalah idea gila-gila.Dan hari ini,kita membuat panggilan,malah kita boleh ber"sms" dan melayari internet melalui telefon bimbit kita.Adakah kita terfikir sebegini 10 tahun yang lalu.


6.BUKA MINDA,JANGAN JADI SEMPAT
Jangan cepat menghakimi dan menolak suatu idea.Otak yang kreatif seperti ikan bernafas di dalam air.Ikan menyedut semua air,dan kemudian barulah insang memerangkap oksigen yang ada di dalm air.Ikan tidak menutup mulutnya.Begitu juga dengan kita.Bukalah minda kita.


7.KITA TIDAK PERLU MEMPERTAHANKAN IDEA SENDIRI
Dalam berkreatif,yang penting keluarkan idea.Tidak perlu mempertahankan idea kita.Orang lain juga tidak berhak menempelak idea kreatif semasa pada peringkat perah minda.Tidak perlu hujah dan dalil.Yang pentng adalah IDEA!


8.APA SALAHNYA MELAKUKAN KESILAPAN  
Memanglah orang yang mengikut kebiasaan selalunya tidak membuat kesilapan.Tetapi itu tidak kreatif.Apabila kita melakukan suatu yang baru,kita terdedah membuat kesilapan.Apabila lita "menghalanh" diri kita daripada melakukan kesilapan ,kita tidak buat sesuatu yang baru dan kita pasti tidak kreatf.Jadi,jangan "kongkong" diri sendiri.Maafkan diri sendiri apabila ia tersilap semasa cubaan kreatif.


9.SEKIRANYA PERLU,ULANG DAN ULANG
Jangan seperti watak Coyotoe dalam kartun Road Runner Show.Dia ingin sekali menangkap Road Runner,tetapi dia begitu cepat putus asa dengan idea yang dipilih.Setiap kali tidak menjadi,terus mengalah dan buat benda yang lain pula.Ingatlah,tidak berjaya kali pertama tidak beerti gagal selama-lamanya.Kenal pasti kekurangan dan kelemahan yang mungkin wujud dan perbaikilah untuk percubaan sekali lagi.Jangan cepat mengalah dan beralih angin.Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam.

Bengkel Membina Laman Blog PSS Dan 'Cloud Computing'

14 dan 15 November 2011
8.00 pagi hingga 1.50 petang
Makmal Komputer
SMK (P) SAB Muar

Beberapa pelajar dari setiap unit pusat sumber iaitu PERPUSTAKAAN, SUDUT BACAAN, PROGRAM NILAM, PERPUSTAKAAN MINI DAN BILIK TAYANG telah dipilih untuk mengikuti bengkel ini.Setiap unit diwakili oleh dua orang pelajar.Bengkel ini telah dikendalikan oleh Cik Rohaida Arsat, Puan S.Asimah dan beberapa lagi guru yang lain.

Pada hari pertama iaitu 14 November 2011
Kami telah berkumpul di Makmal Komputer dan seterusnya membuat pendaftaran bagi mengetahui jumlah pelajar yang hadir.Bengkel tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi tetapi mengikut jadual bengkel ini perlu dimulakan pada pukul 8.00 pagi.Disebabkan adanya perhimpunan mingguan pagi itu, bengkel tersebut bermula lambat.Bengkel tersebut dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Puan S. Asimah mengenai pembinaan blog.Kami semua perlu membina blog bagi setiap unit.Kami meluangkan masa sehingga pukul 1.50 ptg untuk membina blog.













Resepi nasi tomato..

JOM BELAJAR MEMASAK !!

BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras basmathi
4 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
1 tin kecil susu cair
100 gm pes tomato
30 gm halia (hiris)
50 gm bawang merah (hiris)
30 gm bawang putih (hiris)
Sedikit rempah empat sekawan
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Mula2 korang panaskan minyak sapi.
2. Tumiskan bahan hiris, daun pandan, rempah empat sekawan dan pes tomato hingga naik bau.
3. Masukkan air dan susu cair dan biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan garam dan beras. Tanak seperti biasa.
5. Setelah masak hiaskan dengan kismis.

Cara Memakai Shawl Pashmina Gaya Gadis Arab #01

 Mesti ramai yang teringin untuk memakai shawl pashmina gaya terkini.
Jadi,ikutilah sedutan di bawah:
JOM BELAJAR
step 1 : buat je macam ni

step 2 : bia yang pendek tu, pendek takat tu.

step 3 : lipat macam pakai tudung bawal, dan pinkan

step 4 : lepas lipat jadi macam ni dari sisi

step 5 : lepas lipat dan pin

step 6 : pusing atas kepala

step 7 : pusing baik-baik masa pusing ni

step 8 : belit jangan tercekik pulak

step 9 : yang belah panjang tu tarik ke depan

step 10 : susun baik-baik

step 11 : pin kan yang belah panjang tadi

step 12 : dah hampir siap. susun bagi kemas

step 13 : pandangan belakang

step 14 : pandangan sisi yang hampir siap

step 15 : dah siap. kemaskan hasil lipatan mula-mula tadi tu.


ok!!bagaimana dengan sedutan di atas ??tentu anda ingin memakai shawl pashmina seperti di atas kan??
SELAMAT MENCUBA !! :)

WELCOME TO SUDUT BACAAN SMK(P)SAB

Selamat datang ke Blog Sudut Bacaan SMK (P) SAB..semoga anda mendapat pelbagai informasi yang berguna..